Sejarah PSS



Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana beroperasi sama dengan  penubuhan sekolah  pada bulan Julai tahun 2001. Pada tahun ini Pusat Sumber Sekolah  beroperasi dengan berbekalkan buku-buku sumbangan dari ahli-ahli koperat dan tokoh-tokoh politik bahagian Bachok.   Awal tahun 2002 Pusat Sumber sekolah  telah mendapat bahan bacaan dan peralatan bilik APD dan bilik BBM  dari Kementerian Pendidikan.Mulai tahun 2004 Pusat Sumber Sekolah telah beroperasi sepenuhnya.

Pusat Sumber SMK Dato Perdana terdiri dari bilik-bilik khas yang telah dikhususkan untuk bilik perpustakaan, APD dan BBM.  Lokasi Pusat Sumber agak strategik kerana berada di tengah-tengah bangunan akademik. Pusat Sumber sekolah telah maju selangkah ke hadapan setelah  taman-taman  di sekitar bangunan telah dijadikan taman Sumber. Laluan-laluan ilmu dan wakaf – wakaf telah banyak di wujudkan  di sekitar bangunan akademik.   Persekitaran sekolah kini menjadi Sumber Ilmu kepada semua pelajar SMK Dato Perdana. Kini Pusat Sumber Sekolah telah mempunyai cawangan-cawangan yang mampu membekalkan bahan-bahan bacaan. Petikan kata-kata hikmah, sajak dan sebagainya ditulis dan papar untuk tatapan pelajar di segenap pelusuk bangunan dan wakaf-wakaf persingahan pada masa rehat palajar.

Bagi menjamin tanggungjawab teras Pusat Sumber dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber   Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru,  kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan  tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat  memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru  dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

No comments:

Post a Comment